Lupakan Perbezaan Politik, Bersama Majukan Ekonomi Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang harus mempunyai cara pemikiran politik yang matang khususnya untuk menjana pembangunan ekonomi negeri dan memelihara kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan berkata dalam keadaan ekonomi yang masih belum cukup stabil, pemimpin kerajaan negeri harus melupakan perbezaan politik dan sedia memberi kerjasama dengan agensi di bawah kerajaan pusat bagi memajukan negeri.

"Tidak kira parti manapun, suka atau tidak, kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus beri kerjasama yang maksima untuk pembangunan demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Lembaga Kemajuan perindustrian Malaysia (MIDA).

Taklimat itu bertujuan mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaburan yang diterima Pulau Pinang menerusi MIDA dan kadar pengangguran dalam negeri.

Teng berkata demikian semasa mengulas tindakan kerajaan negeri yang dilaporkan enggan memberi kerjasama dengan beberapa agensi di bawah kerajaan pusat khususnya untuk tujuan pembangunan di Pulau Pinang.

Selain itu Teng juga mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terperinci dan telus mengenai penolakan pelaburan berjumlah USD3 bilion.

"Gerakan prihatin dengan perkara ini, jadi kami mahukan beliau (Lim) beri penjelasan alasan penolakannya itu, sekiranya mahukan bantuan Gerakan sedia menghulurkannya," katanya.

Lim sebelum ini dilaporkan menolak pelaburan itu berikutan tidak dapat menyediakan sehingga 1,000 jurutera elektrik dan elektronik seperti yang diminta oleh syarikat pelaburan berkenaan.

Sementara itu menerusi penerangan yang diberikan oleh Ketua Pengarah MIDA Negeri Zabedah Daud, Teng berkata untuk tiga suku pertama tahun ini jumlah pelaburan yang diterima adalah RM1.67 bilion.

Menurutnya jumlah ini kurang lapan kali ganda jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas, dengan jumlahnya menjangkau RM10.15 bilion.

"Bukan itu sahaja kadar pengangguran secara keseluruhannya juga meningkat sejak tahun lepas, bagaimanapun statistiknya sedang dikemas kini, oleh itu tiada angka yang tepat dapat diberikan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan