KDN Tidak Tarik Permit Herald - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri tidak menarik permit penerbitan akhbar The Herald Catholic Weekly seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas kerana akhbar itu masih dibenarkan penerbitannya dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

"Isu yang ada hanyalah sama ada mereka dibenarkan untuk mencetak The Herald dalam bahasa Kadazan Dusun," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian di sini hari ini.

Hishammuddin berkata pengarang akhbar itu juga telah menghantar surat kepada KDN memaklumkan bahawa mereka menangguhkan untuk menerbitkan akhbar itu dalam bahasa Kadazan Dusun.

Beliau berkata pegawai KDN menemui pihak The Herald hari ini untuk berbincang mengenai perkara berkenaan.

"Dalam apa jua isu sensitif, saya menasihatkan para pegawai saya... daripada menjawab secara terbuka dan (menerusi) media, adalah lebih baik bersemuka dengan mereka," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan