Dewan Rakyat Ditangguh 10 minit, Kecoh Perkataan 'Anjing'

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit selepas timbul kekecohan ekoran perkataan 'kera dalam sarkas' dan peribahasa seperti 'anjing menyalak bukit' yang diucapkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.

Keputusan itu diambil Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas berlaku pertikaman lidah antara Noh dan anggota Parlimen pembangkang berhubung borang permohonan baucer program subsidi beras untuk rakyat (Subur) ketika menteri itu sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat dasar semalam.

Kekecohan bermula apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang mempersoalkan terdapat ruang pada borang permohonan baucer itu untuk mendapatkan tanda tangan Ketua Umno Bahagian sebagai satu daripada syarat kelulusan, seperti yang didedahkan sebuah akhbar Cina tempatan.

Dr Lo'Lo Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang membangkitkan isu itu mempersoalkan keperluan mendapatkan kelulusan daripada Umno sedangkan Subur merupakan program kerajaan.

"Saya mahu tanya ini duit Umno ke duit kerajaan sebab kalau duit kerajaan ia adalah daripada duit rakyat, kenapa perlu dapatkan tandatangan Ketua Bahagian Umno?," soal beliau.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) pula bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja.

Menjawab soalan itu, Noh meminta mereka menunjukkan borang yang dimaksudkan,: "Sila tunjuk borang... borang yang kita keluarkan tidak ada ruang ini (ruang untuk mendapatkan tanda tangan Ketua Umno Bahagian). Borang yang kita iklankan dalam surat khabar Melayu pun tidak ada... macam mana surat khabar Cina boleh ada, kita akan ambil tindakan surat khabar ini, kita akan saman.

"Kalau tidak percaya boleh buka laman web kita tengok. Dalam borang ini lambang MOA pun tidak ada... ini mungkin DAP sabotaj ini," katanya.

Dakwaan Noh menyebabkan persidangan semakin kecoh dan anggota Parlimen pembangkang khasnya DAP bangun membantah sehingga Noh berkata 'macam kera dalam sarkas... sama seperti anjing...," sebelum percakapannya dipotong anggota Parlimen pembangkang yang marah kerana mendakwa menteri itu menyamakan mereka seperti anjing.

Beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong), Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menyelar kenyataan Noh sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

Cuba membaiki keadaan, Noh menjelaskan beliau hanya mahu memberi peribahasa 'seperti anjing menyalak bukit' dan bukannya untuk menyamakan mereka dengan anjing.

Pertikaman lidah antara Noh yang disokong anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan anggota Parlimen pembangkang berterusan kira-kira 10 minit sebelum Dr Wan Junaidi mengambil keputusan menangguhkan persidangan untuk meredakan keadaan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan, Noh berkata beliau sedia menarik balik ungkapan 'seperti anjing menyalak bukit' jika ia disahkan oleh pakar bahasa bahawa peribahasa itu tidak boleh digunakan bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

"Saya boleh tarik balik kalau ada pakar bahasa kata bahawa peribahasa seperti anjing menyalak bukit itu tidak boleh digunakan, sensitif dan sebagainya... Okay, saya akan tariklah.

"Apa yang sensitifnya? Sensitifnya apabila mereka tidak mahu tunggu sampai saya habis cakap," katanya.

Mengenai borang Subur yang dimaksudkan anggota Parlimen pembangkang, Noh berkata ia bukan seperti borang yang dikeluarkan oleh kementerian kerana borang asal yang dapat diperoleh menerusi laman web kementerian itu mengandungi logo serta alamat kementerian dan tidak ada ruangan untuk tandatangan Ketua Umno Bahagian seperti yang didakwa mereka. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan