Susilo Akhiri Lawatan Dua Hari Ke Malaysia - Berita Semasa | mStar

Susilo Akhiri Lawatan Dua Hari Ke Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berlepas ke Singapura dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, selepas mengadakan lawatan dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Pesawat membawa Presiden Indonesia dan isteri Ani Yudhoyono itu berlepas pada pukul 2.25 petang.

Berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Pengiring.

Malaysia merupakan negara pertama dilawati Susilo selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua pada 20 Okt lepas.

Sepanjang lawatan dua hari itu, Susilo turut menghadap Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan