Pendidikan pelbagai aliran takdir sejarah negara, kata TPM

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini adalah satu takdir sejarah yang hanya boleh diubah sekiranya semua kaum bersedia untuk menerima dan mengamalkan satu sistem aliran lebih bersepadu.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 bagi Kementerian Pelajaran pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam, Muhyiddin berkata dalam hal itu, kementerian sentiasa bersikap terbuka dan sedia menerima pandangan atau cadangan daripada semua pihak demi kepentingan pendidikan negara.

"Ini kerana pandangan daripada pelbagai pihak amat perlu supaya sesuatu dasar yang akan diperkenalkan dan dilaksanakan boleh diterima serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum di negara ini.

"Justeru, kita hendaklah secara bersama mendokong satu sistem pendidikan yang dipersetujui oleh semua kaum di negara ini," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, mengulas cadangan untuk memperkenalkan sistem pendidikan satu aliran yang diutarakan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, dan dibangkitkan beberapa anggota Parlimen pada sesi perbahasan.

Beliau berkata kementerian setakat ini tidak berhasrat untuk mengadakan pungutan suara bagi mendapatkan pandangan berhubung sistem sekolah yang dikehendaki rakyat.

Beliau juga menegaskan perkara itu tidak perlu kerana cadangan berkenaan bukannya datang daripada kerajaan, sebaliknya satu pandangan peribadi seorang individu.

"Sebab itu kita bersikap terbuka dalam soal ini kerana tidak mahu menyekat sesiapa untuk memberi pandangan dan saya tidak fikir ini sesuatu yang sensitif.

"Bagaimanapun kita tidak boleh lari daripada melihat perkara ini secara holistik sebab itu pada peringkat ini kita mempertahankan sistem sedia ada tetapi terbuka kepada pandangan dan cadangan," katanya.

Dalam isu berbeza, Muhyiddin menyangkal kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKRPermatang Pauh) tentang laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan 15 buah sekolah melibatkan kos RM111.5 juta tidak dilaksanakan walaupun 7.8 peratus kontraktor terlibat dibayar sepenuhnya.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata jumlah penyelenggaraan dan pembaikan terlibat hanyalah RM111,533 iaitu 7.8 peratus daripada RM1.43 juta jumlah keseluruhan. "Pihak audit bersama KPM telah menjalankan audit susulan ke sekolah berkenaan pada penghujung April 2009, dan didapati sebahagian daripada kerja berkenaan dilaksanakan dan disempurnakan oleh kontraktor berkaitan," katanya.

Berhubung dakwaan KPM membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaraan taman sebuah sekolah di Kelantan yang dibangkitkan Tony Phua (DAP-Petaling Jaya Utara), Muhyiddin berkata harga itu adalah berpatutan.

Katanya sebut harga bagi pokok bunga yang dibangkitkan adalah meliputi pakej membekal, menanam, menjaga dan menggantikannya jika pokok-pokok berkenaan mati dalam tempoh setahun.

Beliau berkata harga itu juga memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian serta ditentusahkan oleh konsultan bertauliah yang dilantik dan bertanggungjawab ke atas pembangunan sekolah terlibat, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan