Mufti, Ulama Juga Perlu Dapat Kebenaran JAIS Jika Mahu Berceramah

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Para ulama dan mufti perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) terlebih dahulu sebelum dibenar menyampaikan ceramah agama ataupun khutbah di negeri ini walaupun mereka menerima pengecualian tauliah JAIS.

Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata pengecualian tauliah kepada mereka yang ingin mengadakan ceramah atau khutbah di Selangor hanya diberikan kepada golongan tertentu antaranya ulama, mufti negeri, jawatankuasa fatwa, Hakim Mahkamah atau Pendaftar Mahkamah Syariah serta Menteri atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.

"Memang ada pengecualian syarat tauliah diberikan kepada individu tertentu tetapi untuk menyampaikan khutbah atau ceramah di Selangor, mereka yang dikecualikan juga perlu mendapatkan kebenaran daripada JAIS, bukannya boleh terus buat begitu saja.

"Bagi penceramah bebas, mereka tidak tertakluk kepada pengecualian ini dan perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS," katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Muhammed Khusrin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai wujud ataupun tidak pengecualian tauliah daripada JAIS kepada individu tertentu yang ingin mengadakan ceramah, kuliah atau khutbah agama di negeri ini.

Katanya semua pihak termasuk mufti ataupun ulama perlu mendapatkan permohonan daripada JAIS dan memaklumkan apakah ceramah atau ilmu yang mahu disampaikan kepada para jemaah.

"Saya tidak nampak masalah dengan prosedur ini. Contohnya, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah buat permohonan kepada JAIS untuk menyampaikan ceramah di Selangor sebelum ini. Dengan bahasa mudahnya, jika seseorang nak masuk ke rumah orang lain, dia perlu beri salam dahulu, perlu ada adab, hormat kepada tuan rumah, bukan main masuk saja," katanya.

Muhammed Khusrin berkata beliau tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana peraturan itu memang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan