MB Negeri Sembilan Mual Dengan Tindak-Tanduk Anwar

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk melancarkan serangan ke atas perdana menteri sebagaimana yang didedahkan dalam pertemuannya dengan ahli-ahli parlimen parti itu kelmarin adalah bertujuan untuk memesongkan tumpuan orang-ramai ke atas kes sodominya yang terbaru.

Di samping itu, langkah tersebut juga adalah untuk menutup pelbagai isu dan masalah yang sedang melanda PKR pada masa ini.

Malah ahli parlimen Permatang Pauh itu juga ada kemungkinan akan muncul dengan pelbagai teori konspirasi sebagai satu usaha untuk mempertahankan diri sekiranya beliau kalah dalam kes sodominya itu.

Menteri Besar Negri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyatakan demikian menjelaskan, tindakan terbaru Anwar ini sangatlah menjijikkan dan memperlihatkan ketidakmatangan politiknya.

“Sebenarnya saya jarang memberi komen tentang hal-hal seperti ini tetapi pelan Anwar untuk melancarkan serangan ke atas perdana menteri menyebabkan saya hendak muntah darah.

“Dia telah melampaui batas kali ini. Ini kerana dia telah merasa panas dengan apa yang sedang berlaku di dalam partinya sendiri di mana pengikut-pengikutnya sudah tidak mendengar lagi nasihatnya dan bertelagah secara terbuka dalam pelbagai isu termasuklah perletakan jawatan pemimpin utama mereka di Sabah,” ujar Mohamad Hasan.

Mohamad Hasan juga berkata, kes yang sedang menanti Anwar di Mahkamah Tinggi juga telah menyebabkan ketua pembangkang itu resah dan gelisah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Anwar untuk mengenepikan kes dakwaan sodominya itu pada 23 November ini.

Dalam pada itu, Mohamad Hasan juga menyatakan rasa peliknya kerana pembangkang hanya membuat bising tentang ketidakadilan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga integriti badan kehakiman apabila keputusan tidak menyebelahi mereka.

"Tetapi mereka tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menang dan membentuk kerajaan negeri seperti di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pada pilihan raya umum 2008.

"Rakyat patut membuat penilaian dan pertimbangan tentang sikap hipokrasi ini," tegasnya lagi.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan