Krisis MCA: CSL sedia lepaskan jawatan jika Liow mahu

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai jika Naib Presiden itu membuat kenyataan yang jelas bahawa beliau mahukan jawatan nombor dua itu.

Dr Chua berkata beliau sedia untuk berundur dari kedudukannya jika langkah itu dapat memastikan kestabilan dan perpaduan dalam parti.

"Beliau hanya perlu katakan 'Saya Liow Tiong Lai mahu jawatan (Timbalan Presiden) anda' dan selepas itu saya akan berundur dan berikan kepadanya.

"Tolong beritahu kami apa yang anda mahukannya dan buat penjelasan yang jelas, jika ia (lepaskan jawatan) boleh hentikan krisis parti, saya sedia untuk berbuat demikian," cabar Dr Chua kepada Liow pada sidang media semalam.

Dr Chua juga mengingatkan Liow bahawa kedudukannya sebagai Timbalan Presiden adalah dipilih oleh perwakilan pusat manakala Liow dipilih oleh Jawatankuasa Pusat (CC).

Jelas Dr Chua, Liow telah menghubunginya sebelum mesyuarat CC pada 15 Oktober lalu.

"Saya memberitahu beliau jika ROS (Pendaftar Pertubuhan) memutuskan bahawa saya ialah Timbalan Presiden, ia akan memalukannya," kata Dr Chua.

Dr Chua turut mempersoalkan niat Liow yang mengubah pendirian untuk menentang Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat selepas mesyuarat agung luar biasa pada 10 Oktober lalu.

"Mengapa tak ada seorang pun daripada anda yang menyokong saya apabila saya bertindak melawan Ong Tee Keat dan berkata Presiden itu tak boleh pakai (tak berguna) lagi?

"Mengapa secara tiba-tiba ada perubahan bila undi tidak percaya itu diluluskan terhadap Presiden?” katanya, merujuk kepada Liow dan kumpulannya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan