Hubungan Baik Malaysia-Indonesia Wajar Ambil Kira Elemen Baru

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia wajar diperkukuhkan lagi dengan mengambil kira pelbagai elemen baru yang perlu diberi perhatian selaras dengan struktur baru Indonesia di bawah pentadbiran Presidennya Susilo Bambang Yudhoyono.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua elemen itu mencakupi media, anggota-anggota Parlimen dan pelbagai pihak lain yang turut menyumbang kepada jalinan diplomatik antara kedua-dua negara secara langsung ataupun tidak langsung.

"Saya mengusulkan supaya kita bukan sahaja terus mengekalkan hubungan tradisi yakni hubungan pemerintah sesama pemerintah, hubungan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis sama polis tetapi melihat kepada struktur Indonesia yang baru maka wujudnya semangat mempengaruh yang perlu dipupuk hubungan yang sama baik dan sama intim," katanya ketika berucap di majlis makan malam meraikan kedatangan Susilo ke Malaysia di kediamannya di Sri Satria di sini.

Najib berkata hubungan erat dengan media jika tidak dipupuk rapi akan membolehkan golongan berkenaan membuat pelbagai andaian sekali gus mengundang pelbagai situasi yang tidak diingini.

"Parlimen juga penting. Anggota Parlimen tidak boleh diambil ringan. Kita juga perlu hubungan yang baik antara parlimen sesama parlimen dan pelbagai lagi pihak," katanya.

Perdana Menteri berkata persahabatan yang sangat akrab dan mesra antara dua kerajaan ini seharusnya diperturunkan dalam pelbagai bidang meliputi semua kelompok dan golongan yang ada di kedua-dua negara.

Mengulas lanjut beliau berkata sejarah telah meletakkan bangsa budaya dan rumpun yang sama ini di dua negara berasingan, justeru adalah amat penting untuk Malaysia dan Indonesia terus berusaha memperkukuhkan hubungan ini tanpa hanya bersandarkan kepada sentimen-sentimen tertentu.

"Kita tak boleh benarkan hubungan Malaysia dan Indonesia mengalami pasang surutnya dan kita jelas tidak boleh membenarkan mana-mana kelompok menggugat hubungan yang sangat penting ini," katanya.

Sementara itu Susilo dalam ucapan balasnya berkata kedudukan Malaysia dan Indonesia yang sangat hampir dan keakraban yang telah terjalin sekian lama membuatkan kedua-dua pihak sering terdedah kepada pecanggahan pendapat.

Senario itu bagaimanapun jelas beliau tidak harus dibiarkan sehingga menggoyahkan hubungan sedia ada sebaliknya perlu diolah dengan penuh berhemah dan bijaksana.

"Sering saya katakan Indonesia tidak pernah mengalami masalah dengan Rwanda atau Colombia kerana kedudukan kita yang sangat jauh tetapi tentulah dengan Malaysia kita sekali-kali ada perbedaan tapi yang menguatkan hati saya kita semua sedar adalah biasa."

"Yang penting kita sama-sama melihatnya dengan arif dan bijaksana agar semua dapat kita olah dengan baik," katanya.

Menurut Susilo Malaysia dan Indonesia pada ketika ini sedang mengalami detik perubahan besar dunia termasuk penampilan baru Asean sebagai kekuatan ekonomi.

Katanya, kerjasama kedua-dua negara memungkinkannya berperanan besar dan menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan ekonomi dunia khususnya di rantau Asia.

Turut hadir pada majlis makan malam itu ialah isteri Susilo, Ibu Ani Yudhoyono, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, serta beberapa menteri kabinet. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan