Hanya 197 Masih Di Pusat Pemindahan

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Kelantan kini tinggal 197 orang dan kesemuanya dari daerah Tumpat.

Ketua Pegawai Pusat kawalan Operasi Banjir Negeri (PKOBN) Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata 49 kelaurga dari Kampung Kajang Sebidang itu ditempatkan di Sekolah kebangsaan Bunohan, Tumpat.

"Semua jalan kini dibuka kepada semua lalu lintas," katanya di sini Khamis.

Beliau berkata kesemua mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing sebelum lewat hari ini kerana air Sungai Golok yang melimpah ke kawasan itu semakin surut.

Semua tempat menyukat banjir di kelantan berada pada paras biasa dan keadaan cuaca di Kelantan bertambah baik, katanya.

Sehingga kini seramai empat mangsa korban banjir dilapor dan yang terbaru ialah seorang kanak-kanak sembilan tahun, Mohd Khairi Zakaria, yang dikhuatiri lemas setelah hilang ketika memukat ikan di Sungai Golok, dekat Renop di Bukit Bunga, Jeli Rabu.

Tiga lagi ialah bayi 18 bulan, Mohd Haziq Akmal Mohd Hail, yang terjatuh ke dalam air sedalam kira-kira 1.5 meter di kawasan rumahnya di Pasir Mas, Mohamad Syakimi Sayuti, 6, di Kampung Pak Sek, Pasir Mas dan Mohd Mazlan Yajid, 28, di Sungai Banggol Kerian, Pasir Puteh. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan