Zulkifli Noordin Anggap Pertelagahan Dengan Sivarasa Selesai...

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin berkata, beliau ingin ‘menutup buku’ pertelagahannya dengan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa.

Pertelagahan secara terbuka kedua-dua pemimpin utama PKR itu telah mengundang campur tangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

"Bagi saya kes itu telah selesai...tutup buku. Untuk dia (Sivarasa) itu terpulang kepada dia. Saya telah nyatakan apa yang patut dikatakan,'' katanya ketika ditemui di lobi bangunan Parlimen tengah hari Rabu.

Semalam, Zulkifli Noordin telah mencabar Sivarasa untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam dan bertanding menentangnya bagi menentukan apakah tindakan beliau (Zulkifli) untuk mempertahan dan memperjuangkan hak-hak orang Islam dan Melayu tidak relevan dalam perjuangan PKR.

Isu ini timbul ekoran kenyataan Sivarasa sebelum itu yang mentafsirkan amaran yang dikeluarkan oleh Anwar agar pemimpin-pemimpin parti itu mematuhi polisi atau dasar parti atau keluar dari PKR adalah ditujukan kepada orang seperti Zulkifli yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat oleh Sivarasa sebagai bercanggah dengan dasar PKR.

Anwar kemudian terpaksa mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau telahpun bertemu dengan kedua-dua pemimpin PKR itu dan dengan isu tersebut telah selesai.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan