Saksi Yang Dibawa Ke Parlimen Bukan Saksi Yang Dicari - SPRM

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan saksi yang dibawa oleh seorang anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Parlimen semalam merupakan saksi yang dicari oleh suruhanjaya itu bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu pejabat SPRM di sini Rabu, saksi yang didedahkan identititnya itu telahpun selesai diambil percakapannya dan diambil kira keterangannya apabila keputusan dibuat oleh Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya itu.

SPRM mengeluarkan kenyataan itu bagi merujuk kepada beberapa laporan media menunjukkan Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa membawa saksi ke Parlimen yang dikatakan tidak dapat dikesan oleh SPRM berhubung dengan siasatan kes terhadap peguam Datuk V.K Lingam.

Jayanthi Naidu, yang merupakan antara saksi kes berkenaan, mengakui percutian Lingam dan mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin bersama keluarganya ke New Zeland pada 1990 dirancang dan dibayar oleh Lingam.

Jayanthi ialah bekas setiausaha Lingam sehingga 1995. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan