Pengarah Urusan MRCB Disebut-sebut Akan Menyertai KWSP

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kapten industri dan juga bisnes kini sedang menanti dengan penuh debar apakah benar khabar angin bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menimbang untuk melantik Pengarah Urusan MRCB, Shahril Ridza Ridzuan sebagai ketua pegawai pelaburannya yang baru akan menjadi realiti tidak lama lagi.

StarBiz, seksyen bisnes akhbar The Star hari ini telah memetik sumber-sumber dalaman sebagai berkata, Shahril, 39, kini disebut-sebut sebagai orang yang sedang dipertimbangkan untuk jawatan tersebut.

Jawatan ketua pegawai pelaburan KWSP tidak diisi sejak awal tahun ini. Ia sebelum ini disandang oleh Johari Muid.

Menurut StarBiz lagi, satu pengumuman mengenai pelantikan itu akan dilakukan awal minggu depan.

Dan jika ini berlaku, Pengarah Eksekutif MRCB, Datuk Ahmad Zaki Zahid dijangka mengambilalih kerusi Shahril sebagai pengarah urusan.

Zaki dilantik ke kerusi pengarah MRCB pada Januari 2005 dan dilantik ke jawatan pengarah eksekutif pada Mei tahun ini.

Sumber tersebut dipetik sebagai berkata, pelantikan Shahril itu akan dapat membantu melebarkan lagi pelaburan KWSP melangkaui pelaburan aset tradisional agensi tersebut seperti bon, ekuiti, pinjaman dan juga sekuriti kerajaan.

KWSP pada masa kini memiliki simpanan berjumlah RM350 bilion - menjadikannya sebagai di antara agensi tabung simpanan yang terbesar di negara ini.

Para pemerhati berpendapat, Shahril menjadi pilihan untuk mengetuai unit pelaburan KWSP bersandarkan pengalamannya mengubah MRCB daripada sebuah syarikat yang mengalami kerugian kepada entiti yang kini dilihat telah menjadi pemain utama dalam pasaran hartanah dan pembinaan termasuklah trek rekodnya membangunkan KL Sentral sebagai pusat pelaburan utama.

Dengan anggaran nilai kasar pembangunan mencecah RM13.9 bilion apabila siap sepenuhnya pada tahun 2015, KL Sentral merupakan mercu tanda pembangunan untuk MRCB yang mana kini masih lagi mempunyai projek yang masih dijalankan dengan anggaran nilai kasar keseluruhan pembangunan berjumlah RM4.3 bilion.

Perlu disebut, pemegang saham utama MRCB buat masa ini adalah KWSP dengan nilai pegangan berjumlah 30.97%.

Pelaburan KWSP pada dasarnya bersifat pendapatan tetap kerana ia merupakan opsyen yang paling selamat tetapi pulangan pelaburan dalam bentuk ini sama ada rendah ataupun lambat.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan