MB Negeri Sembilan Mual Dengan Tindak-Tanduk Anwar

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk melancarkan serangan ke atas perdana menteri sebagaimana yang didedahkan dalam pertemuannya dengan ahli-ahli parlimen parti itu semalam adalah bertujuan untuk memesongkan tumpuan orang-ramai ke atas kes sodominya yang terbaru.

Di samping itu, langkah tersebut juga adalah untuk menutup pelbagai isu dan masalah yang sedang melanda PKR pada masa ini.

Malah ahli parlimen Permatang Pauh itu juga ada kemungkinan akan muncul dengan pelbagai teori konspirasi sebagai satu usaha untuk mempertahankan diri sekiranya beliau kalah dalam kes sodominya itu.

Menteri Besar Negri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyatakan demikian menjelaskan, tindakan terbaru Anwar ini sangatlah menjijikkan dan memperlihatkan ketidakmatangan politiknya.

“Sebenarnya saya jarang memberi komen tentang hal-hal seperti ini tetapi pelan Anwar untuk melancarkan serangan ke atas perdana menteri menyebabkan saya hendak muntah darah.

“Dia telah melampaui batas kali ini. Ini kerana dia telah merasa panas dengan apa yang sedang berlaku di dalam partinya sendiri di mana pengikut-pengikutnya sudah tidak mendengar lagi nasihatnya dan bertelagah secara terbuka dalam pelbagai isu termasuklah perletakkan jawatan pemimpin utama mereka di Sabah,” ujar Mohamad Hasan.

Mohamad Hasan juga berkata, kes yang sedang menanti Anwar di Mahkamah Tinggi juga telah menyebabkan ketua pembangkang itu resah dan gelisah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Anwar untuk mengenepikan kes dakwaan sodominya itu pada 23 November ini.

Dalam pada itu, Mohamad Hasan juga menyatakan rasa peliknya kerana pembangkang hanya membuat bising tentang ketidakadilan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga integriti badan kehakiman apabila keputusan tidak menyebelahi mereka.

"Tetapi mereka tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menang dan membentuk kerajaan negeri seperti di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pada pilihan raya umum 2008.

"Rakyat patut membuat penilaian dan pertimbangan tentang sikap hipokrasi ini," tegasnya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan