Keputusan Ganti Helikopter Nuri Belum Muktamad

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum memutuskan untuk memuktamadkan perolehan helikopter utiliti bagi menggantikan helikopter Nuri, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata kerajaan berpandangan bahawa proses ke arah perolehan helikopter utiliti berkemampuan "mencari dan menyelamat" (SAR) ini masih dalam pertimbangan.

"Pertimbangan ini, meliputi semua aspek termasuk kedudukan ekonomi negara agar helikopter yang bakal diperoleh kelak menepati keperluaan keupayaan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan sistem pertahanan negara sentiasa dikemas kini serta status pembelian helikopter bagi menggantikan helikopter Nuri dan sistem lama yang lain.

Pada September tahun lepas, Kementerian Pertahanan bersetuju untuk mendapatkan 12 helikopter Eurocopter EC 725 bernilai RM1.6 bilion bagi menggantikan helikopter Nuri.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudian menangguhkan pembelian selepas pemilihan EC725 menimbulkan kontroversi pelbagai pihak.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai tempoh hayat operasi Nuri, Abdul Latiff berkata sebanyak 28 helikopter Nuri kini masih lagi mampu beroperasi sehingga 2015 ekoran penyelenggaraan yang baik dan kerap dilakukan.

"Kerajaan memang sedar bahawa Nuri mempunyai keupayaan terhad bagi melaksanakan operasi SAR terutamanya pada waktu malam kerana ia tidak dilengkapi dengan kanta mata penglihatan malam.

"Tetapi, hasil penyelenggaraan yang mantap dan baik yang diuruskan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Nuri masih mampu menjalankan tugas utiliti dengan baik sehingga 2015. Sebab itu kerajaan tidak terlalu terburu-buru," katanya.

Kepada soalan lain Dr Tan mengenai sama ada kerajaan bercadang membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng kembali ke Malaysia, Abdul Latiff berkata Chin Peng masih menjadi ancaman kepada negara.

"Ini kerana semasa perjanjian damai antara kerajaan dengan komunis di Selatan Thai pada 1989, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu tidak menandatangani persetujuan untuk meletak senjata.

"Hanya parti komunis sahaja yang bersetuju meletak senjata tetapi Chin Peng yang mengetuai penentangan bersenjata enggan berbuat demikian, menyebabkan sehingga sekarang dia masih disenaraikan sebagai musuh negara," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan