Kedudukan Nazir Masjid Yang Degil Dikaji : Hasan Ali

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kedudukan nazir dan setiausaha masjid yang berulang kali melanggar arahan kerajaan Selangor dengan mengundang penceramah tidak bertauliah akan dinilai semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negerir Datuk Dr Hasan Ali.

Bagaimanapun sebelum tindakan itu diambil, mereka ini akan dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diberi nasihat atau amaran, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri semasa menjawab soalan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan negeri sekiranya masih ada nazir atau jawatankuasa masjid yang membenarkan individu tidak bertauliah termasuk ahli politik membaca khutbah.

Hasan berkata setakat September tahun ini, Selangor mempunyai 977 orang yang mempunyai tauliah untuk membaca khutbah atau berceramah di 500 masjid dan juga surau di negeri itu yang dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat.

Mereka ini diberi tauliah untuk memberi ceramah selama tiga hingga lima tahun, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kes-kes penceramah atau mereka yang tidak bertauliah membaca khutbah atau berceramah adalah terpencil.

Kepada cadangan Ismail agar pegawai penguatkuasa JAIS berada di masjid bagi memantau keadaan kerana ada penceramah tidak bertauliah ini condong kepada mencerca parti tertentu mengakibatkan jemaah di Masjid Batu 14 Jalan Hulu Langat enggan bersolat Jumaat di situ, Hasan berkata pejabat JAIS di peringkat daerah hanya mempunyai lima orang pegawai penguatkuasa untuk memantau masjid di daerah masing-masing.

Oleh itu beliau berkata, wakil rakyat boleh memainkan peranan untuk memantau gejala itu dan melaporkannya kepada JAIS jika ia berlaku.

"Kita junjung titah Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) yang menjadikan masjid sebagai zon larangan politik dan panduan utama kepada JAIS," katanya.

Hasan juga berkata JAIS telah mentauliahkan 60 orang pensyarah Kolej Ugama Islam Selangor (KUIS) sebagai pembaca khutbah atau penceramah jemputan bagi meningkatkan jumlah penceramah. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan