Dewan Pemuda PAS adakan perbincangan dengan Abdul Aziz

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mengadakan perbincangan tertutup dengan pemerhati politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari bagi mendengar idea dan pendapat beliau mengenai parti itu.

Dalam pertemuan dua jam itu, Ketuanya Nasruddin Hassan berkata, mereka turut membincangkan peranan yang harus dimainkan oleh pergerakan itu dalam memperkasakan parti dan parti pakatan.

"Perbincangan yang diadakan ini menunjukkan sikap keterbukaan Dewan Pemuda PAS untuk mendengar pandangan dan kritikan serta input yang positif untuk pembangunan parti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sabtu lepas, Abdul Aziz yang juga merupakan pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dijemput untuk berucap dalam Seminar Memperkasa Parti yang dianjurkan PAS.

Dalam ucapan itu, antara lain beliau berpendapat PAS tidak akan berupaya menjadi parti alternatif sekiranya tidak dapat menerima perlembagaan negara yang mengiktiraf masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun, menurut Nasruddin tempoh 20 minit yang diberikan kepada ahli akademik itu berucap tidak mencukupi untuk beliau menyampaikan segala pendapatnya.

"Kami menghormati pandangan beliau dan merasakan wajar untuk mendengar dan mendapatkan penjelasan lanjut tentang asas kritikan beliau terhadap PAS, oleh sebab itu kita adakan pertemuan kali ini.

"Hasil perbincangan sangat positif dan kami menghargai kesudian dan kesungguhan Dr (Abdul) Aziz dalam memberi pandangan dan idea, walaupun beliau bukan orang dalaman parti, tetapi beliau tetap mahu melihat PAS, khususnya Pemuda, bergerak aktif," katanya.

Beliau mengakui bahawa ada beberapa kritikan Dr Abdul Aziz yang tidak dipersetujui namun ia lebih menjurus kepada sudut perspektif atau pandangan yang dibuat dari luar.

Sebelum ini, Abdul Aziz menerusi ruangan Perspektif dalam akhbar Sinar Harian sering mengutarakan kritikan terhadap parti itu sehingga mendapat perhatian barisan pemimpin tertinggi parti itu termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan