Tiga Adun BN Selangor Tiada Locus Standi Untuk Saman SELCAT - Pengerusi

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengerusi sebuah jawatankuasa pilihan khas Selangor berkata hari ini tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) Barisan Nasional Selangor yang menyamannya tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Teng Chang Kim, pengerusi jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat), berkata adun itu bukan pihak yang terjejas dan tidak pernah dipanggil atau disoal oleh panel selcat tujuh anggota itu.

"Tiada kes langsung dalam hal ini. Tiga Adun itu bukan pihak yang terjejas dalam konteks ini. Bagaimana mereka boleh menyaman Selcat? Sekalipun jika mahu menyaman Selcat, mereka harus menyaman semua anggota dewan undangan negeri, termasuk diri mereka sendiri, kerana mereka tidak menimbulkan sebarang bantahan (semasa persidangan) bila Selcat dibentuk," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Adun Sungai Air Tawar Raja Datuk Ideris Raja Ahmad, Adun Morib Hasiman Sidom dan Adun Kuala Kubu Baharu Wong Koon Mun mengemukakan saman pemula terhadap Teng dan enam lagi anggota Selcat semalam bagi menentukan kesahihan jawatankuasa itu.

Tiga orang itu juga menamakan speaker DUN, setiausaha DUN dan kerajaan negeri Selangor dalam saman mereka.

Teng, speaker DUN Selangor, berkata Artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan kesahihan sebarang prosiding dewan undangan tidak boleh ditimbulkan di mahkamah.

Selcat ditubuhkan, antara lain, untuk mengawal selia dan menyiasat keupayaan, akauntabiliti dan ketelusan dalam semua perkara pentadbiran kerajaan negeri dan semua agensi, badanbadan berkanun, pihak berkuasa dan organisasi tempatan yang berkaitan dengan atau di bawah pentdbiran kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Teng, dan mempunyai sebagai anggota Timbalan Speaker Haniza Mohamed Talha, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan