Tarikh Lihat Anak Bulan Raya Haji 17 Nov

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah ialah pada petang Selasa, 17 November bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1430 Hijrah, demikian menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Perkara itu telah dititahkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan Raja-Raja, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini.

Jawatankuasa berkenaan juga telah diperkenankan melihat anak bulan Zulhijjah pada petang itu di 29 tempat di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Qurban.

Kawasan-kawasan untuk melihat anak bulan Zulhijjah ialah di: 1. Pontian Kecil, Johor. 2. Kompleks Falak AlKhawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. 3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. 4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor. 5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor. 6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor. 7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak. 8. Pantai Aceh, Pulau Pinang. 9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah. 10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah. 11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah. 12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu. 13. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu. 14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. 15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu. 16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan. 17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan. 18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan. 19. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak. 20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak. 21. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak. 22. Balai Cerap AlBiruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah. 23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang. 24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang. 25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang. 26. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. 27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. 28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. 29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan