SPRM Diminta Siasat Pembelian Tren Komuter RM30 Juta

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan sekali lagi menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat apabila beberapa anggota Parlimen menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian tren komuter DMU (diesel multiple unit) bernilai RM30 juta yang mereka dakwa 'pelik'.

Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) yang membangkitkan isu itu mendakwa cara pembelian itu meragukan kerana tren komuter itu bukan sahaja tidak mengikut standard dan spesifikasi yang diperlukan tetapi pembeliannya ia tidak diluluskan oleh anggota lembaga pengarah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) sendiri.

"Jadi apa rasional pembelian jumlah RM30 juta itu sedangkan pengurusan kereta api di Costa Rica dan Argentina membeli DMU yang berumur 20 tahun pada harga RM10 juta," katanya ketika mencelah penggulungan perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2010 oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) pula menganggap pembelian itu 'pelik' kerana ia hanya mampu bergerak dengan kelajuan 80 kilometer sejam (kmj) sedangkan kereta api barang pun dapat mencapai kelajuan 90 kmj.

"Kerajaan sudah banyak habiskan duit untuk projek landasan berkembar (Rawang-Ipoh) sebagai usaha untuk menaiktaraf dengan kepantasan melebihi 120kmj. Apa yang pelik sekali pembelian empat buah tren DMU ini, kadar kelajuannya hanya 80kmj sahaja, sedangkan kargo tren pun kelajuan dia 90kmj," katanya.

Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) turut mempertikaikan pembelian tren komuter yang disifatkan "sudah hampir putus darah" itu.

"Saya mahu tahu agaknya apa rasional kerajaan membeli empat set DMU ini kerana KTMB pakai set EMU (electric multiple unit).

"Saya juga mahu tahu dengan umur yang disebut iaitu 20 tahun, dah nak putus darah, berapa panjang hayat dia. Adakah kos penyelenggaraannya rendah, bolehkah kerajaan jamin kos selenggarannya tidak tinggi sesuai umurnya yang sudah lanjut," katanya.

Halimah, yang juga Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), juga mahu kepastian sama ada laluan komuter akan diubah suai bagi membolehkan penggunaan DMU dan sama ada KTMB bersedia untuk menyelenggara set DMU yang dibeli.

Semasa menjawab soalan mereka, Lau bersetuju dengan perkara yang dibangkitkan tetapi menjelaskan pembelian itu dibuat kerana kerajaan kekurangan peruntukan bagi membolehkan KTMB membuat pembelian tren yang lebih mahal bagi menampung keperluan pengguna.

Jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa anggota termasuk Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang secara lantang dan berkali-kali bertanya kemungkinan 'ada sesuatu' di sebalik pembelian berkenaan.

"Saya ulangi lagi sekali Tuan Speaker, apakah ada sesuatu. Saya meminta SPRM tolong siasat menteri ini (yang meluluskan pembelian itu). Kalau ada penyelewengan heret dia ke mahkamah, dakwa dia. SPRM kata semua wakil rakyat hendak dikaji, kajilah dulu menteri ini.

"Kenapa beli kereta api tua, Tenggara (Halimah) kata sudah hendak putus darah, 20 tahun dengan harga RM30 juta. Argentina, Costa Rica beli kereta api yang sama dengan nilai RM10 juta. Itu satu persoalan besar, sudahlah duit tidak ada, engkau beli barang yang dah buruk, lebih mahal daripada negara yang lain," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan