Sivarasa Dakwa Amaran Anwar Ditujukan Kepada Pemimpin Seperti Zulkifli Noordin

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas para pemimpin lain parti itu supaya akur dengan polisi parti atau keluar ditujukan secara langsung kepada orang seperti ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah ketika mengatakan demikian juga menegaskan, amaran Anwar itu juga adalah untuk mengingatkan mereka semua supaya menjadi lebih berdisiplin dan juga kepada pemimpin PKR yang bertelagah secara terbuka.

“Ia sebenarnya adalah satu amaran secara langsung kepada orang seperti Zulkifli Noordin yang sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti.

“Sebagai contoh, tindakan Zulkifli yang cuba membentangkan beberapa usul di Dewan Rakyat yang jelas tidak selari dengan polisi parti itu tanpa terlebih dahulu merujuknya kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komentar Anwar kelmarin yang mahukan para pemimpin PKR lebih berdisiplin dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti itu.

Zulkifli, sebelum ini beberapa kali mencuba untuk membentangkan usul di Parlimen khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan Islam yang dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR.

Seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub melihat kenyataan Anwar itu sebagai satu amaran keras kepada semua barisan kepimpinan parti itu lebih-lebih lagi kepada mereka yang berhasrat untuk berubah haluan.

Manakala Pengarah Strategik PKR yang juga bekas Ketua Penerangannya, Tian Chua melihat amaran Anwar itu pula sebagai satu arahan kepada mereka semua supaya berhenti bertelagah di depan khalayak umum tetapi sebaliknya berpegang teguh kepada agenda parti untuk melakukan reformasi, menegakkan keadilan sosial dan demokrasi.

“Pertelagahan-pertelagahan kecil dan remeh temeh patut dihentikan sebaliknya semua pemimpin PKR patut menumpukan perhatian kepada isu-isu yang sebenar. Itu yang diminta oleh Anwar,” tegasnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan