Khalid Samad Akui Silap Keluar Kenyataan Mengenai Baiah; Zul Noordin Enggan Tarik Balik Kenyataan...

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

"Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah.

"Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, akhbar melaporkan bahawa Khalid yang dipetik sebagai berkata bahawa kesemua wakil PAS sama ada Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), perlu membuat baiah atau sumpah taat setia akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.

Katanya itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.

Beliau bagaimanapun menggesa Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau pada Ahad lepas yang menyebut bahawa terdapat isteri wakil rakyat PAS yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

"Beliau (Zulkifli Noordin) tidak ada di dalam majlis, jadi dia mesti hormat majlis. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu," kata Khalid yang juga adik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sementara itu, Zulkifli yang ditemui berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.

"Saya bukan tidak setuju dengan baiah...tetapi baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, dia menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh melibatkan orang lain dalam perjanjian itu.

"PAS patut besar diri dengan mengakui kesilapan secara terbuka. Saya percaya pegangan Islam masih ada dalam PAS. Saya tak perlu buat apa-apa (menarik kenyataan). Dia yang buat kenyataan tanpa ada orang yang suruh kemudian tuding jari kepada orang lain. Ini tidak menunjukkan sikap yang Islamik.

"Amalan baiah ini memang dilakukan pada zaman Nabi pun ada. Tapi tidaklah buat baiah yang melibatkan orang lain yang menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsa. Khalid seronoklah boleh kahwin lain," kata beliau.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan