Kerajaan Tidak Bercadang Longgar Syarat Taraf Kewarganegaraan

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang melonggarkan syarat permohonan bagi mendapat taraf kewarganegaraan seperti yang digesa pihak tertentu yang mahu proses kelulusan segera diberikan kepada warga asing yang telah lama tinggal di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata status warganegara tidak boleh diberi secara sewenangwenangnya dan ia perlu dikaji dengan teliti termasuk mengambil kira sumpah taat setia setiap pemohon yang menjadi salah satu syarat utama untuk mendapat taraf kerakyatan negara ini.

Beliau berkata pemberian status itu juga adalah hak dan budi bicara kerajaan yang meluluskan permohonan mengikut syarat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Soal pemberian anugerah warganegara bukan boleh diberi begitu saja, ia adalah hak dan budi bicara kerajaan, kita ada syarat tertentu terutama mengambil kira sikap taat setia kepada negara yang menjadi syarat utama. Kadang kala ia mengambil masa lama untuk kita menilai (taat setia) sebelum meluluskan permohonan.

"Syarat ini termaktub dalam perlembagaan dan ia tidak dapat dilonggarkan," katanya semasa menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sim dalam soalannya ingin tahu adakah kerajaan akan melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada mereka yang telah lama bermaustatin di negara ini.

Kepada soalan tambahan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) yang ingin tahu adakah kerajaan mengguna pakai kaedah yang dilaksana negara maju seperti Amerika Syarikat yang melonggarkan taraf kerakyatan untuk menarik lebih ramai golongan profesional warga asing menjadi warganegara mereka, Abu Seman berkata kerajaan mengalualukannya.

"Kerajaan memang mengalualukan warga asing profesional menjadi warganegara Malaysia kerana ia memberi kesan positif kepada negara. Namun warga negara ini yang sudah bertukar kewarganegaraan dan mahu kembali menjadi warga Malaysia, belum ada cadangan untuk dipertimbangkan," katanya.

Mengenai jumlah permohonan kewarganegaraan yang masih dalam proses, Abu Seman berkata sehingga 20 Okt lepas, sebanyak 11,573 permohonan masih dalam proses permohonan.

"Daripada jumlah itu, seramai 3,372 permohonan dari kaum Melayu, Cina (2,143), India (1,311) dan bangsa-bangsa lain (4,747)," katanya.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar), Abu Seman berkata bagi tempoh 2008 hingga Jun 2009, sebanyak 6,076 saman telah dikeluarkan kepada pesalah lalulintas yang memandu secara perlahan.

Mengenai sama ada terdapat kajian berhubung peningkatan kemalangan jalan raya akibat pemanduan kenderaan secara perlahan, Abu Seman berkata setakat ini tidak terdapat sebarang kajian dibuat.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan polis ke atas pemandu yang memandu perlahan dibuat berdasarkan tindakan mereka yang menghalang kenderaan lain, memotong atau berjalan terus atau menimbulkan kegusaran kepada pemandu lain.

Abu Seman berkata demikian semasa menjawab soalan Mujahid yang ingin tahu bilangan saman yang dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang memandu perlahan dan sama ada kerajaan ada membuat kajian mengenai peningkatan kemalangan jalan raya yang disebabkan pemandu yang memandu perlahan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan