"Jangan Anggap Pejabat Speaker Pejabat Pos", Kata Teng Kepada AMK

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim Isnin menegur tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahukan pejabat speaker menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

"Saya tersinggung...ini satu tindakan tidak sopan...mereka boleh serah memo tetapi jangan anggap pejabat speaker pejabat pos... pejabat speaker harus dielakkan daripada terlibat di dalam gerakan politik sedemikian," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri semalam, Teng berkata pada sebelah pagi, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad telah bersetuju menerima memorandum bantahan daripada AMK tetapi AMK bertegas mahukan pejabat speaker menyerahkan memorandum itu kepada Badrul Hisham.

"Saya minta AMK ambil kembali (memo) itu daripada pejabat saya. Saya tidak akan serahkan kepada Badrul," tegasnya.

Teng yang jelas kecewa dengan perkara itu berharap AMK dan mana-mana parti politik lain tidak mengulangi tindakan sedemikian.

Terdahulu, sekumpulan anggota AMK Selangor yang diketuai Ketua Penerangan AMK Kebangsaan Lee Khai Loon mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri sebelum sidang dewan bermula pagi ini meminta Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai Adun kerana mendakwa beliau gagal menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.

Badrul Hisham baru-baru ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Sementara itu ketika ditemui pemberita, Badrul Hisham yang hadir pada sidang dewan hari ini berkata beliau tetap dengan pendiriannya menjadi Adun Bebas dan tetap memberi sokongan kepada BN. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan