Hasan Ali terima surat tunjuk sebab

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau telah menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin parti itu semalam dipercayai berhubung kenyataannya yang bercanggah dengan pendirian parti.

"Perkara itu bukanlah susah sangat nak dijawab. Saya tidak ada kebimbangan, benda ini biasa," katanya kepada pemberita selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri.

Beliau enggan mengulas ketika ditanya mengenai tuduhan yang dikenakan kepadanya kerana menganggap ia soal dalaman PAS.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata Hasan diberi tempoh 14 hari untuk membela diri terhadap semua tuduhan terhadapnya, dan akan dikenakan tindakan jika gagal berbuat demikian.

Hasan tidak menolak surat tunjuk sebab itu ada kaitan dengan kenyataan beliau yang bercanggah dengan pendirian parti dan kerajaan negeri seperti isu penjualan arak dan kritikan terbukanya terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, berkata tuduhan terhadap beliau itu bukan perkara besar atau luar biasa kerana kesalahan itu tidak membabitkan jenayah atau salah guna kuasa sebaliknya kerana membuat kenyataan yang tidak selari dengan peraturan parti. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan