Dr Asri Belum Terima Sapina atau Arahan Untuk Hadir di Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata, beliau belum menerima sebarang surat atau sapina untuk hadir ke mahkamah berhubung isu menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Satu surat atau sapina pun tak dapat lagi. Ini bukan mahkamah zaman batu. Kita perlu ikut peraturan.

"Dulu waktu saya diarah pergi ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, saya terpaksa tunggu berjam-jam lamanya baru dia (pegawai JAIS) muncul," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di rumahnya di Mengkuang, Bukit Mertajam, petang Selasa.

Kata Dr Asi, beliau sudah pun melantik peguam Kamar Ainiah untuk mewakilinya.

"Tapi waktu ini, pertuduhan pun saya tak tau apa lagi. Jadi saya tak boleh nak ulas lanjut," katanya.

Bagaimanapun, bekas mufti yang terkenal dengan pemikiran tajdidnya berkata, beliau akan mengambil sikap tunggu dan lihat dalam isu berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik JAIS, Shahrom Maarop ketika dihubungi berkata, Dr Asri dijangka akan didakwa di mahkamah pada hari Jumaat ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

Menurut Shahrom, pihaknya telah pun selesai menjalankan siasatan berhubung isu bekas mufti itu.

"Pihak kami (JAIS) telah pun selesai menjalankan siasatan, bagaimanapun kami sedang menunggu pihak pendakwa meneliti terlebih dahulu kertas siasatan sebelum membawa kes ini ke mahkamah.

"Kita jangka paling awal beliau (Dr Asri) akan didakwa mungkin hari Jumaat ini atau awal minggu depan. Semuanya terpulang kepada pihak pendakwa menentukannya," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang memetiknya sebagai berkata, bekas Mufti Perlis itu akan didakwa di Mahkamah Syariah Shah Alam esok (Rabu) atau lusa (Khamis).

Pada 1 November lalu, Dr Asri ditahan ketika sedang memberikan ceramah kepada kira-kira 300 orang di sebuah rumah dekat Ukay Heights, Ulu Klang.

Beliau ditahan sekumpulan penguatkuasa JAIS pada pukul 9.45 malam bersama sepasukan polis siap bersenjatakan pistol dan mesin gun automatik.

Bekas mufti itu, dibawa ke Balai Polis Hulu Klang, kira-kira dua jam selepas itu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan keesokannya beliau diminta hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur sebelum dibebaskan dengan bon jaminan bagi membolehkan beliau dipanggil semula.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Shahrom berkata, Dr Asri akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur terlebih dahulu sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Syariah Shah Alam.

"Ia (untuk mendakwa) terletak di bawah bidang kuasa mahkamah (syariah) untuk memilih tarikh sesuai bagi kes ini. Pihak mahkamah juga ada prosedur-prosedur tertentu yang perlu diikuti, dan pihak kami menyerahkan kepada mereka untuk menentukkannya (tarikh sebenar pendakwaan).

"Apa yang dapat saya katakan pada ketika ini, kami (JAIS) mahu kes ini segera diselesaikan kerana ia telah menjadi perhatian umum," katanya.

Tegas beliau lagi, pihak pendakwa yang dilantik oleh JAIS pada ketika ini sedang berada di Kuantan, Pahang atas urusan kerja dan mereka dijangka melihat kertas siasatan tersebut selewat-lewatnya petang ini.

Shahrom berkata, Dr Asri akan didakwa mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar Agama Islam atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada JAIS.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan