274 Terima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perunding Trobio Forest Sdn Bhd Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor mengetuai 274 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini pada Selasa.

Beliau menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Empat lagi penerima darjah yang sama ialah Pengarah Urusan Pembinaan Limbongan Setia Berhad atau TSR Capital Berhad Tan Sri Lim Kang Yew, Pengarah Urusan Star Publication Berhad Pulau Pinang Tan Sri Kamal M.Hashim, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Lion Group Tan Sri Cheng Yong Kim dan Presiden Jim Logs Holdings Sendirian Berhad Miri, Sarawak Tan Sri Lau Hieng Wui.

Lima orang dianugerahi Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk'. Mereka ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antarabangsa Kerajaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Md Muhktar Boerhannoeddin, Pengarah Eksekutif Securiforce Sendirian Berhad Datuk Shaheen Chugtai Mirza Habib Jan, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan Left Jen Datuk Dr Sulaiman Abdullah dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Wilfred Rata Nissom.

Sementara itu, enam orang menerima Johan Mangku Negara (JMN), 15 orang menerima Johan Setia Mahkota (JSM), 48 orang menerima Kesatria Mangku Negara (KMN), 78 orang menerima Ahli Mangku Negara (AMN) dan 117 orang menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN). BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan