Tubuh Jawatankuasa khas Kabinet tangani masalah Sabah dan Sarawak

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani isu berkaitan dengan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Katanya jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh menteri dari dua negeri itu bagi membincangkan cabaran yang dihadapi oleh penduduk Bumiputera di negeri tersebut.

"Ini adalah cara untuk kerajaan mencari penyelesaian bagi mengintegrasi masyarakat pribumi dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dan pembangunan negara," katanya pada perasmian Konvensyen Nasional Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di sini semalam.

"Saya ingin melihat isu-isu mendapat penyelesaian dan menguntungkan semua pihak. Jadi kita adakan jawatankuasa ini sebagai proses mencari penyelesaian," katanya.

Najib juga meminta rakyat memahami kapasitinya sebagai perdana menteri dalam menangani isu-isu membabitkan sensitiviti rakyat.

"Ia bukan tugas mudah. Tolong faham keadaan saya. Saya perlu berhati-hati dengan cuba mengimbangi dan memuaskan keperluan rakyat. Saya mesti jaga hati semua," katanya.

Najib menjelaskan beliau sedang melakukan apa yang terbaik bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjaga kebajikan semua orang.

"Saya tak mau ada orang menyinggung perasaan orang lain. Jadi apa juga masalah kita ada, kita bincang di kalangan kita secara tertutup dan mencari satu penyelesaian yang boleh dipersetujui oleh semua," katanya.

Najib juga berkata parti komponen BN mesti sentiasa relevan dengan berpaksikan kepada realiti hari ini dan bukan kejayaan masa lampau.

"Kita mesti mencari jalan untuk menjadi BN yang sentiasa relevan. Parti yang memenuhi harapan rakyat kerana BN berdiri atas bumi yang nyata," katanya.

Perdana Menteri berkata BN sentiasa perlu mempunyai idea segar dan pendekatan baru supaya kerajaan dapat dilihat sebagai dinamik dan maju.

Beliau juga menyatakan sejak menjadi Perdana Menteri, beliau berhasrat supaya rakyat mendapat manfaat dari semua aspek sebagai warga Malaysia menerusi gagasan 1Malaysia.

Najib berkata beliau bangga bahawa idea 1Malaysia kini semakin mendapat sambutan dan popular dengan semua orang melakukan sesuatu untuk 1Malaysia.

"Terdapat juga kek 1Malaysia. Ini menunjukkan semua orang tanpa mengira agama dan bangsa melakukan sesuatu secara bersama untuk 1Malaysia," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan