Pesuruhjaya PAS Selangor Boleh Dilucut Jawatan Jika Didapati Bersalah

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bakal berhadapan dengan tindakan digugurkan daripada jawatannya itu jika beliau didapati bersalah melanggar perlembagaan parti.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mStar Online.

"Tindakan yang boleh kita ambil ialah sama ada kita gantung keahlian, kita gugurkan keahlian ataupun kita akan gugurkan jawatannya...itu adalah mengikut peraturan dalam parti," katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa pihaknya telah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada Hassan dan beberapa pemimpin PAS negeri itu minggu lalu dan kini siasatan sudahpun dimulakan.

“Dan saya nak tegaskan bukan Hassan Ali sahaja, ada beberapa orang lagi yang turut disiasat," katanya tanpa mahu menyebut lain-lain nama pemimpin PAS Selangor yang turut disiasat.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa mereka yang disiasat itu akan dibicarakan seadil-adilnya mengikut saluran dan peraturan parti.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya keatas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Ditanya sama ada memang terdapat kes terhadap Hassan, Tuan Ibrahim berkata: "Pertuduhan ada, tapi hanya diperingkat ini ialah pertuduhan. Jadi kita beri masa kepada dia untuk buktikan bahawa apa yang dituduh itu tak betul...lepas tu kita akan teliti, kalau ada kes kita akan panggil dia."

Naib Presiden PAS itu enggan mengulas lanjut kepada soalan sama ada siasatan itu turut melibatkan pemimpin tertinggi lain di peringkat negeri Selangor.

"Saya ingat nanti sampai masa anda akan tahu juga bila tindakan akan kita buat," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, pihak yang disiasat itu perlu mengemukakan penjelasan secara bertulis termasuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dalam masa 14 hari selepas menerima surat tunjuk sebab.

"Mereka akan kemukakan secara bertulis dalam bentuk dokumen,” ujar Tuan Ibrahim lagi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan