Penulis Blog Perlu Berintegriti - Blogger

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penulis blog perlu mengamalkan sifat integriti bagi memastikan hasil penulisan mereka sentiasa dihormati.

Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Ibrahim Yahya berkata, seseorang penulis blog harus berani memperkenalkan dirinya kerana ia akan mempengaruhi kredibiliti karya yang disiarkan.

"Sesetengah blog ada wajah (maklumat penulis), ada juga yang tak ada wajah.

"Seperti saya sendiri, saya perkenalkan siapa diri saya, latar belakang saya... ini penting supaya bila kita tulis ada integriti, orang tahu siapa kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Dialog Penerangan yang bertajuk 'Antara Penulis Blog dan Berita - Suatu Pembohongan atau Realiti' di sini hari.

Majlis berkenaan dihadiri oleh kira-kira 100 pegawai perhubungan awam dari unit komunikasi korporat kementerian dan jabatan kerajaan.

Dialog berkenaan turut dihadiri oleh penulis blog terkenal, Syed Imran Al-Sagoff sebagai ahli panel.

Tambah Ibrahim yang juga pemilik blog 'Dunia Tiger', amalan integriti juga menjadikan seseorang itu menulis berdasarkan fakta dan bukannya mengikut fantasi dan juga rekaan.

"Kita kena tahu apa yang kita nak tulis, tulisan kita mestilah berdasarkan fakta dan pengetahuan kita.

"Dengan cara ini secara tidak langsung pembaca akan menghormati tulisan kita," katanya yang aktif dalam dunia penulisan blog sejak tahun 2007.

Jelas beliau, penulis blog juga sewajarnya meletakkan objektif terhadap penulisannya sama ada untuk menyampaikan kritikan mengenai sesuatu isu, menggembar-gemburkan isu ataupun berniat untuk melakukan pembohongan.

"Saya tanya diri saya apa yang nak ditulis sama ada saya nak berbohong, nak tulis sesuatu yang realiti, ataupun saya nak gembar-gemburkan isu atau juga saya nak mengetengahkan fakta secara intelektual," katanya.

Kata Ibrahim lagi, seseorang penulis blog juga perlu meletakkan fokus mengenai sesuatu subjek yang ingin ditulis sama ada berkaitan isu politik, sosial atupun berkisar soal kehidupan peribadi.

"Soal ini juga penting, takut nanti kita tak tahu hala tuju, inilah kadang-kadang jadi blog yang sekejap sejuk, sekejap panas," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan