Pelajar Dan Pengajar Aswara Akan Dapat Pengiktirafan Universiti Middlesex

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Perjanjian persefahaman di antara Akademi Seni Budaya Kebangsaan (Aswara) dan Universiti Middlesex, London yang dimeterai hari ini, dapat memberikan pendedahan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar-pelajar Aswara bagi memartabatkan kebudayaan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rais Yatim, berkata, kerjasama ini juga akan mengkaji kemungkinan lebih ramai pelajar Aswara menimba kemahiran dalam bidang filem dan videografi.

"Pelajar Aswara akan diberi peluang untuk belajar mengenali dua buah komuniti selain mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Dengan menghantar lebih ramai pelajar dan tenaga pengajar Aswara ke Universiti Middlesex, akan lahir lebih ramai pakar yang berkelulusan tinggi dalam bidang kajian pengkhususan terutamanya dalam kajian bahasa Malaysia," jelas Rais selepas merasmikan majlis tandatangan perjanjian persefahaman (MOU) antara Aswara dan universiti tersebut.

MOU itu ditandatangani oleh Rektor Aswara Datuk Omar Awang dan Timbalan Naib Canselor (Antarabangsa), Universiti Middlesex, Dr Terry Butland.

Dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak bercadang untuk membolehkan pelajar Aswara menjalani program ijazah di universiti itu dengan yuran ditanggung oleh pelajar sendiri.

Program ijazah Aswara itu akan diberi penganugerahan oleh universiti itu dan besar kemungkinan program ijazah secara francais juga bakal diadakan.

Selain itu, perjanjian itu juga memberi peluang kepada kakitangan Aswara untuk mengikuti pengajian ke peringkat kedoktoran dan program ijazah secara bersama di Kuala Lumpur dan London.

Kata Rais, kerjasama seperti ini akan melahirkan lebih ramai pakar berkelulusan peringkat kedoktoran dalam pengajian professional dari Univeristi Middlesex.

"Mereka ini kemudiannya akan mengajar pula di Aswara sejurus menamatkan pengajian mereka.

"Golongan ini akan mendapat pendedahan dan kemahiran dari universiti bertaraf antarabangsa dalam bidang kajian untuk mengkaji pelbagai aspek bahasa Malaysia yang betul dari segi penggunaan intonasinya.

"Peranan yang dimainkan oleh mereka penting untuk menerapkan nilai-nilai bahasa seperti aspek pantun, syair dan bahasa indah dalam penggunaan bahasa yang betul dikalangan pelajar-pelajar Aswara," ujar Rais.

Tambahnya lagi, ini penting untuk menghidupkan semula amalan tradisional masyarakat Melayu yang kaya bahasanya.

"Selain itu, golongan tenaga pengajar ini juga dapat membantu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membina bangsa gagasan Malaysia melalui penggunaan bahasa yang betul," akhiri Rais.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan