Kes Saman Fitnah Terhadap Dua ADUN BN Selesai

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman fitnah anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa terhadap dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional selesai pada 15 Okt lepas, selepas Husam menarik balik saman itu.

Husam, bekas naib presiden PAS, menarik balik saman itu selepas Adun Bukit Bunga Mohd Adhan Kecik dan Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah membuat permohonan maaf secara terbuka pada awal Jun lepas di akhbar berbahasa Melayu.

Peguam yang mewakili Husam, Saiful Izham Ramli memberitahu Bernama bahawa Husam telah memfailkan notis pemberhentian (notis untuk tidak meneruskan saman) itu di Mahkamah Tinggi pada 15 Okt lalu.

Pada 31 Jan 2008, Husam memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut ganti rugi RM6 juta terhadap Mohd Adhan, Nozula dan NSTP selepas dua wakil rakyat itu mendakwa Husam terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah jenayah dalam pentadbiran kerajaan negeri dan menggesa Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat.

Kenyataan memfitnah yang didakwa itu telah diterbitkan dalam New Straits Times dan Berita Harian pada 28 Nov, 2007.

Saiful Izham berkata bagaimanapun saman terhadap NSTP masih diteruskan. Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 6 April tahun depan.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Fatimah Rubi'ayah Ali dalam kamarnya selepas kes saman Husam terhadap NSTP itu disebut di hadapannya hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan