Jumlah mangsa banjir di Kelantan sedikit berkurangan

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh Kelantan malam semalam sedikit berkurangan iaitu seramai 3,487 orang berbanding 3,842 orang pada sebelah petang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata di Rantau Panjang, Pasir Mas juga berkurangan seramai 2,758 orang berbanding 2,823 orang pada sebelumnya.

"Di Tumpat semakin ramai yang dipindahkan iaitu 680 orang berbanding petang hanya seramai 469 orang manakala di Machang terus berkurangan seramai 49 orang berbanding 160 orang sebelum ini," katanya kepada Bernama.

Paras air Sungai Golok terus surut tetapi masih berada melebihi paras bahaya iaitu pada bacaan pukul 8 malam ialah 10.19 meter (bahaya sembilan meter).

Sungai-sungai lain juga terus surut di bawah paras waspada dan hampir ke normal.

Zon Bebas Rantau Panjang masih lagi ditutup berikutan pekan itu ditenggelami air lebih satu meter.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa turut dilaporkan.

Cuaca malam semalam terus baik dan diramalkan berterusan selama beberapa hari.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan