Enam muka baru dilantik menteri muda di Sarawak

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Enam muka baru dilantik sebagai menteri muda dan tiga menteri muda digugurkan dalam rombakan kabinet negeri Sarawak semalam dengan wakil rakyat Pelagus, Larry Sng, yang tidak mempunyai parti, dikekalkan sebagai menteri muda.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan serta Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, berkata rombakan itu sebagai persediaan bagi menjangkaui pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke10 termasuk pilihan raya negeri yang dijadual pada 2011. Rombakan Kabinet negeri itu berkuatkuasa 1 Disember ini.

Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, ketika mengumumkan pada sidang akhbar di sini, berkata daripada enam menteri muda baru itu termasuk tiga dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Wahab Aziz (Kalaka), Datuk Talib Zulpilip (Jepak) dan Dr Stephen Rundi Utom (Kemena).

Dua lagi dari Parti Rakyat Sarawak (PRs) iaitu John Sikie Tayai (Kakus) dan Mong Dagang (Bukit Begunan) serta wakil rakyat Tasik Biru, Datuk Peter Nansian Nguise, dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Bagaimanapun, tidak ada menteri muda dilantik dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), yang hilang lapan kerusi pada pemilihan raya negeri 2008 tetapi Sng, yang sebelum ini dipecat dari PRS, kekal di Pejabat Ketua Menteri di samping jawatan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian.

"Saya ingin melihat Sng dikekalkan kerana kita tidak mempunyai pemimpin muda Cina yang secukupnya. Perkara seperti itu (tiada parti) boleh diuruskan sebelum pilihan raya," kata Taib ketika merujuk kepada kedudukan Sng, sebagai ahli paling muda dalam kabinet negeri berikutan krisis kepimpinan dalam PRS.

Tiga menteri muda dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Bolhassan Di, Datuk Hamden Ahmad dan Datuk Ambrose Blikau digugurkan dan digantikan oleh Dr Rundi sebagai menteri muda baru bagi Kemudahan Awam serta Kesihatan Awam.

Dua timbalan Taib presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan ditugaskan memegang portfolio baru Menteri Pelancongan dan Warisan dengan Mong dan Taib sebagai pembantu di samping mengekalkan portfolio Pembangunan Perindustrian.

Timbalan Presiden PBb, Tan Sri Alfred Jabu, yang kekal portfolio Pembangunan Luar Bandar, turut mengambil alih portfolio Modernisasi Pertanian daripada Dr Chan.

Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan dan Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing kekal portfolio masing-masing sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi dan Menteri Pembangunan Tanah.

Seorang lagi timbalan presiden PBb, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, akan bertanggungjawab terhadap portfolio Pembangunan Bandar, yang bergabung dengan portfolio Perumahan.

Naib presiden PBB Datuk Seri Michael Manyin mengambil alih portfolio Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi manakala Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh kekal sebagai Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut mengekalkan portfolio Kemudahan Awam.

Wahab telah dilantik sebagai Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar serta Perumahan dan Pembangunan Bandar manakala Sikie sebagai menteri muda bagi majlis daerah luar bandar dan Nansian bagi alam sekitar.

Status quo masih kekal bagi menteri muda lain termasuk menteri muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumbar Manusia dan Latihan) Datin Fatima Abdullah, yang merupakan wanita tunggal dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Taib. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan