752 mangsa masih berada di 9 pusat pemindahan - Berita Semasa | mStar

752 mangsa masih berada di 9 pusat pemindahan

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 752 mangsa banjir di Kedah membabitkan dua daerah masih berada di pusat pemindahan di negeri itu sehingga pukul enam petang semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 540 mangsa membabitkan 151 keluarga dari Kubang Pasu berada di empat buah pusat pemindahan manakala di Padang Terap sejumlah 212 orang dari 70 keluarga masih tinggal di lima pusat pemindahan.

Sementara itu, Daerah Kubang Pasu menjadi kawasan terbaru dilanda banjir di Kedah selepas Padang Terap.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri, Mejar Harif Padzilah Mohamed memberitahu Bernama keadaan dijangka bertambah buruk apabila hujan masih belum berhenti dengan paras bacaan air sungai menunjukkan peningkatan.

"Bacaan paras air di Sungai Bata di Kubang Pasu ialah 9.88 meter melebihi paras bahaya iaitu 9.1 meter," katanya. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan