SPRM Tubuh Pasukan Khas Tangani Rasuah Di Kalangan Wakil Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan wakil rakyat dalam negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini SPRM berkata, pasukan khas yang dikendalikan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM itu akan menjalankan kajian menyeluruh berhubung peraturan, sistem dan prosedur serta kawalan dalaman dalam perbelanjaan peruntukan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Anggota Parlimen, bagi menutup ruang dan peluang jenayah rasuah daripada berlaku.

Menurutnya ia memandang serius mengenai pendakwaan kes yang melibatkan penyelewengan peruntukan ADUN dan Anggota Parlimen, dengan kebanyakan kes yang disiasat dan dipertuduh melibatkan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu.

"Penubuhan pasukan tugas khas itu selaras dengan peruntukan undangundang mengikut Akta SPRM iaitu meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah akta tersebut, dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang mungkin membawa kepada rasuah," menurut kenyataan itu.

Bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran semua pihak yang terlibat, SPRM juga mengarahkan Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri untuk mengadakan sesi taklimat khas kepada semua wakil rakyat di negeri masingmasing bagi menjelaskan bentuk kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Taklimat ini bertujuan untuk membantu ADUN dan Anggota Parlimen bagi mengelakkan mereka daripada melakukan kesalahankesalahan yang berkaitan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan