Lebih 2/3 anggota Jawatankuasa Pusat MCA sokong pelan perpaduan

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menerima 29 sokongan secara bertulis daripada anggota Jawatankuasa Pusat (CC) untuk menyokong Pelan Perpaduan Besar (GUP) MCA.

Beliau berkata ini menunjukkan semakin ramai anggota parti dan CC, yang keanggotaannya 42 orang, menyokong rancangan itu.

Walaupun pihak yang mahu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua mendapat lebih satu pertiga sokongan daripada anggota CC tetapi Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata angka yang menyokong bukan soal utama.

"EGM diadakan untuk menyelesaikan masalah, bukanlah untuk menimbulkan masalah. Biro Perundangan yang kata usul EGM itu melanggar perlembagaan parti, bukan saya," kata Ong yang juga Anggota Parlimen Pandan kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sihat Sepanjang Hayat 2009 peringkat Selangor hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa sebarang tindakan yang diambil haruslah mengikut perlembagaan parti.

Ong berkata Biro Perundangan MCA telah meneliti usul-usul EGM kedua yang dibentang dan telah memberi taklimat kepada anggota CC bahawa usul itu melanggar perlembagaan parti.

Kumpulan yang menyokong Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengadakan EGM pada 28 Nov ini bagi mendapatkan mandat daripada anggota parti untuk mengadakan pemilihan pemimpin parti yang baru.

Sementara itu, semasa merasmikan "Recital of Classical Chinese Contest" di Stadium Titiwangsa, Ong berkata program berunsur kebudayaan itu dianjurkan bagi membangkitkan kesedaran di kalangan ibubapa dan masyarakat China bahawa kanak-kanak perlu diberi pendedahan terhadap sastera klasik.

"Saya masih ingat mulai 1997, ia buat kali pertama diperkenalkan di bumi Malaysia dan saya juga pada masa itu turut terlibat ...selepas mengalami pelbagai dugaan dan cabaran, kini ia bukan sahaja mantap malahan semakin mendapat sambutan.

"Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyarankan supaya kanak-kanak dan golongan belia yang terbabit dalam kelas menghayati atau membaca dan menghafal karya klasik China supaya menghayati dan mengerti apa isi kandungannya," katanya kepada pemberita.

Ong berkata terdapat banyak norma dan nilai hidup yang kita warisi menerusi karya-karya klasik sedemikian yang mampu mewujudkan atau membentuk kembali sebuah masyarakat yang harmoni, teratur dan juga pada masa sama, dapat memberikan kita ruang dan peluang untuk menajamkan lagi daya saing rakyat Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan