Keadaan banjir di Padang Terap semakin buruk

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di daerah Padang Terap, Alor Setar, Kedah bertambah buruk dengan lebih 100 orang lagi dipindahkan malam semalam manakala di Kelantan keadaan tidak banyak berubah dan di Terengganu pula keadaan semakin pulih.

Jurucakap bilik gerakan banjir daerah Padang Terap, Salim Mahmud berkata jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada 579 orang berbanding 474 orang petang semalam.

Sehingga kini sebanyak 14 buah kampung telah ditenggelami air dan 12 pusat pemindahan telah dibuka, katanya ketika dihubungi Bernama.

Paras air di Sungai Padang Terap berada pada paras bahaya 18.8 meter, katanya.

DI KOTA BAHARU, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata jumlah mangsa banjir yang berada di 29 pusat pemindahan banjir di seluruh Kelantan berkurangan kepada 2,031 orang berbanding 2,328 petang semalam.

Pasir Mas mencatat jumlah tertinggi seramai 1,338 orang, Tanah Merah (413 orang), Machang (190 orang), Bachok (61) dan Kota Baharu (29), katanya ketika dihubungi.

Jalan utama iaitu Jalan Kota Baharu-Jalan Pantai Cahaya Bulan di Kampung Tikat masih ditutup kepada semua kenderaan manakala laluan Pasir Mas-Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

Bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah masih berada pada paras bahaya iaitu Rantau Panjang 10.42 meter (bahaya 9 meter) dan Kusial 17.06 meter (bahaya 16 meter) manakala bacaan paras air di tempat lain dilaporkan semakin surut.

Di TERENGGANU, jurucakap bilik gerakan banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata keadaan banjir semakin pulih dengan hanya tinggal 588 mangsa banjir yang masih berada di pusat-pusat pemindahan.BERNAMA

Mereka terdiri daripada 534 orang di daerah Dungun, 25 orang di daerah Besut, 28 orang di Hulu Terengganu dan seorang warga emas di Setiu, katanya.

Katanya paras air sungai juga semakin surut dengan kini berada di bawah paras waspada.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan