Empat rumah di Batu Caves dibanjiri lumpur

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat daripada 14 buah rumah di Jalan JU5/5, Taman Jasa Utama, Batu Caves dekat sini dipenuhi lumpur setinggi 20 sm di perkarangan rumah masing-masing apabila tanah runtuh dari cerun bukit yang terletak berhampiran kawasan perumahan itu.

Insiden tanah runtuh kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai berlaku disebabkan hujan lebat bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada penduduk setempat.

Seorang penduduk Kamarulfahim Abu Hassan, 35, berkata kejadian itu disedari oleh beliau selepas diberitahu oleh jirannya.

"Ketika kejadian saya berada di dalam rumah dan terkejut apabila diberitahu jiran berlakunya tanah runtuh di hadapan perumahan kami.

"Saya bernasib baik kerana sempat mengalihkan kereta yang dipakir di luar kawasan rumah. Bagaimanapun sebuah kereta dan sebuah motosikal penghuni lain mengalami kerosakan dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mendakwa air yang deras dari cerun turut membawa bersama-sama tanah dan menyebabkan perkarangan rumah mereka diselaputi lumpur.

"Kejadian ini merupakan kali ketiga dalam tahun ini dan kami percaya punca utama adalah disebabkan projek perumahan yang dijalankan sejak 2005 di atas kawasan bukit berdekatan," katanya.

Seorang lagi penduduk Mohd Nor Roshidi Mohd Saffer, 38, pula berkata tanah runtuh itu juga menyebabkan longkang tersumbat dan pecah.

"Apabila longkang pecah telah mengakibatkan air melimpah dan akhirnya masuk ke perkarangan rumah kami," katanya.

Katanya perkara itu telah diadukan beberapa kali kepada pemaju dan Majlis Perbandaran Selayang (MPs) namun tiada sebarang tindakan dibuat bagi mengatasi masalah itu.

"Kami cuma mahu tindakan sewajarnya diambil agar perkara ini tidak berulang kembali," tegas Mohd Nor Roshidi. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan