EGM, Seminar Untuk Sampaikan Mesej Kepada Ahli - Nik Aziz

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan beliau untuk mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) adalah bagi menyampaikan mesej bahawa sokongan terhadap parti itu kini semakin berkurangan.

Beliau berkata walaupun diganti dengan seminar tetapi matlamat asal untuk menyampaikan mesej itu kepada anggota parti sudah tercapai dan kini terserah kepada mereka untuk menentukannya.

"Itulah sebabnya, saya nak gerakkan supaya diadakan EGM atau seminar kerana kedua-dua itu telah cukup untuk disampaikan kepada anggota.

"Bagi saya EGM tak apa, seminar tak apa, (yang penting) mesej saya telah sampai, terpulang kepada ahli-ahli untuk menggunakannya atau tidak," katanya mengulas laporan media hari ini yang menyebut sokongan golongan muda terhadap Pas kini semakin merosot.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Laporan itu memetik kajian Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang mendapati 70 peratus golongan muda yang percaya pentadbiran Pas sangat baik ketika Pilihan Raya Umum ke-12, kini berubah pantas.

Kajian itu juga menyebut perubahan ketara berlaku di kalangan golongan yang berusia 21 hingga 30 tahun dan golongan pertengahan antara 31 dan 40 tahun.

Semalam, Pas mengadakan seminar mengantikan EGM sebagaimana dicadangkan oleh Nik Aziz dalam usaha mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap parti itu.

Bagaimanapun, beliau tidak hadir pada seminar itu yang diadakan di Taman Malewar, Kuala Lumpur kerana menerima rawatan di Institut Jantung Negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan