Banjir Di Terengganu Semakin Baik

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Banjir yang melanda empat daerah di Terengganu sejak Jumaat lepas pada umumnya semakin baik pagi ini dengan bilangan mangsa yang berada di pusat pemindahan kini hanya 57 orang berbanding 534 orang petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara, Terengganu berkata sehingga pukul 9 pagi ini empat pusat pemindahan masih beroperasi iaitu masing-masing satu di Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Di Besut, pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Kampung La (satu keluarga enam orang), di Sekolah Kebangsaan Tok Kah, Dungun (tiga keluarga sembilan orang), Balai Raya Kampung Bukit Tadok Hulu Terengganu (tujuh keluarga 28 orang) dan Dewan Sivik Sungai Tong (empat keluarga 14 orang).

Jurucakap itu berkata Jalan Tok Kah-Lintang, Dungun ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana ditenggelami air setinggi 0.5 meter.

Sementara di Hulu Terengganu jalan-jalan yang ditutup ialah Jalan Matang-Nibong di Kampung Telemong dan Jalan Bukit Perah-Kampung Jah, masing-masing ditenggelami air sedalam satu meter dan ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air sungai Nerus di Kampung Bukit pada pukul 9 pagi ini masih ditahap bahaya.

Kedudukan paras air di situ ialah 12.98 meter (bahaya 12 meter).

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata pada keseluruhannya paras air di sungai-sungai utama di Terengganu yang berada ditahap bahaya dua hari lepas kini berada pada tahap biasa.

Cuaca di Terengganu pada hari ini kembali terang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan