Akta Halal akan diwujudkan tahun depan

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Akta Halal bagi memastikan semua makanan dan proses penyeliaannya halal mengikut syariat Islam akan dikuatkuasakan menjelang tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta Jabatan Peguam Negara sedang menggubal akta itu yang dijangka siap tidak lama lagi.

"Akta itu akan melicinkan penguatkuasaan status halal oleh Jakim terhadap premispremis perniagaan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menutup Kolokium Bina Insan dan Pemantapan Sahsiah untuk pegawaipegawai tinggi kerajaan peringkat zon utara dan Pahang di sini, hari ini.

Seramai 80 pegawai kerajaan dari Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang menyertai kolokium empat hari itu anjuran Jakim dan Pejabat Setiausaha kerajaan negeri-negeri berkenaan.

Penggubalan akta itu dibuat atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2010 baru-baru ini, kata Jamil Khir.

Beliau berkata pada masa ini penguatkuasaan halal dilaksanakan di bawah Akta Perihal Dagangan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Jamil Khir berkata sebuah makmal pengendalian halal akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) di mana kerajaan telah membeli sebidang tanah untuk tujuan itu manakala peruntukan sebanyak RM20 juta untuk melaksanakan fasa pertama projek itu akan dipohon di bawah RMK10.

Mengenai jemaah haji Langkawi, beliau berkata kerajaan boleh menimbang penerbangan terus ke tanah suci sekiranya bilangan jemaah dari pulau peranginan itu memenuhi sebuah kapal terbang.

Katanya Tabung Haji pernah mengadakan penerbangan terus dari Lapangan Terbangan Antarabangsa Langkawi ke Mekah pada tahun 1990an tetapi dihentikan kerana bilangan jemaah tidak mencukupi.

Mengenai kolokium itu, beliau berkata ia diadakan di seluruh negara mengikut zon dan setakat ini ia telah diadakan di zon Utara, Timur dan Tengah manakala Zon selatan serta Sarawak/Sabah akan diadakan tidak lama lagi.

Kolokium itu bertujuan antaranya mencari pendekatan yang sesuai untuk memantapkan lagi pengurusan dan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam dan Jakim mungkin akan memperkenalkan program untuk peserta bukan Islam, tambahnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan