Shahidan Cadangkan 'Satu Mufti Besar' Ketuai Mufti-mufti Kerajaan Negeri - Berita Semasa | mStar

Shahidan Cadangkan 'Satu Mufti Besar' Ketuai Mufti-mufti Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan isu 'satu mufti' yang dicadangkan seperti yang dilaporkan oleh media hari ini, sebenarnya merujuk kepada 'satu mufti besar.'

"Sebenarnya cadangan saya merujuk kepada satu Mufti Besar sepertimana yang berlaku di negara Arab Saudi dan Jordan.

"Mufti-mufti lain boleh dikekalkan di negeri masing-masing kerana perkara ini melibatkan undang-undang negeri dan Raja-raja," kata beliau semasa menghubungi mStar Online semalam.

Katanya, pada masa ini setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif.

"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

"Oleh kerana tiap-tiap negeri ada Raja, ada mufti, maka Yang di-Pertuan Agung dipilih Raja-raja maka wajarlah satu Mufti Besar dipilih di kalangan mufti-mufti," kata Shahidan. Kelmarin, Shahidan mencadangkan hanya satu jawatan mufti besar diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka.

Shahidan membuat kenyataan tersebut selepas membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) berhubung kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zain AlGhari mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Zamihan baru-baru ini mendakwa, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri melibatkan Bahasa Arab dan Sastera dan pendedahan yang tidak benar itu disifatkan Shahidan sesuatu perkara yang mengaibkan.

Shahidan juga berharap peraturan baru diwujudkan berhubung pelantikan mufti termasuk memastikan mereka mempunyai pendidikan bertaraf doktor falsafah (PhD) dan hafal al Quran selain mahir dalam hal ehwal syariah.

Sementara itu, Shahidan berkata laporan kepada JAIPs dibuat bagi membersihkan nama baik kerajaan negeri Perlis yang telah melantik Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini.

Pengarah JAIPs Malek Hussin yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) berkata laporan Shahidan itu akan dikaji dan dipanjangkan ke peringkat MAIPs termasuk menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs.

Turut mengiringi Shahidan membuat laporan itu ialah bekas Pengarah JAIPs, Md Sadik Ismail.

Shahidan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang, turut membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung kenyataan Zamihan selain memorandum oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang diPertuan Agong berhubung isu Dr Mohd Asri.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan