Selangor cadang tarik balik pembekuan pembangunan lereng bukit

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor bercadang menarik balik arahan pembekuan projek pembangunan baru di lereng bukit dengan kecerunan 25 darjah ke atas (cerun kelas 3 dan kelas 4) dengan penambahan beberapa syarat baru dalam Garis Panduan Pembangunan Bukit dan Tanah Tinggi.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata arahan pembekuan terhadap 141 projek pembangunan yang dikuatkuasakan sejak 2007 itu akan terbatal apabila garis panduan yang dijadual siap tahun depan dikuat kuasakan.

"Kita masih mengumpul semua maklumat dan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terutamanya pemaju dan profesional bagi memuktamadkan garis panduan ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan bengkel draf garis panduan itu di sini hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa pemandu yang dianggotai pakar kejuruteraan akan ditubuhkan bagi mengkaji sebelum memberi kelulusan kepada permohonan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun kelas tiga.

Kelulusan hanya akan diberikan jika mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan itu, katanya.

Abdul Khalid berkata antara syarat baru dalam garis panduan itu ialah pembinaan yang dijalankan mesti mengikut topografi dengan tidak terlalu mengubah struktur atau bentuk asal muka bumi yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Pemaju juga diwajibkan memastikan sumber air semula jadi atau aliran air bawah tanah tidak dihalang bagi mengelak berlakunya mendapan dan tanah runtuh.

Selain itu, setiap projek pembangunan juga hanya akan dibenarkan dibina atas tapak tanah yang dipotong, bukan tanah yang ditimbun yang boleh mendedahkan kepada insiden tanah jerlus atau mendap, katanya.

Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor Mohd Jaafar Mohd Atan berkata jabatan itu memerlukan tempoh dua bulan untuk mengumpul semua maklumat sebelum membentangkan draf garis panduan itu kepada kerajaan negeri untuk diluluskan pada Februari tahun depan.

Beliau berkata pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan diberi tumpuan kerana mempunyai paling banyak projek pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan