Nik Aziz tinggalkan seminar politik PAS kerana tidak sihat

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri seminar politik parti itu yang diadakan hari ini namun terpaksa meninggalkan majlis berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi tadi kerana masalah kesihatan.

Beliau meninggalkan seminar tersebut selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selesai menyampaikan ucapan perasmian.

Difahamkan Nik Abdul Aziz akan kembali pada majlis penutup seminar itu pada sebelah petang ini.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Khamis lalu.

Seminar hari ini dibuat berikutan cadangan Nik Abdul Aziz sebelum ini untuk mengadakan Muktamar Khas (EGM) bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.

Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Bagaimanapaun pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat pada 28 Oktober lalu memutuskan untuk tidak mengadakan EGM sebaliknya parti itu akan mengadakan seminar politik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan untuk memperkasakan parti.

Dua pemerhati politik yang diundang memberi pandangan pada seminar politik itu ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya (UM).

Selain itu, seorang lagi panel ialah, Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

iklan

Video

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Rabu, 19 November 2014 12:15 AM

Izreen Azminda Mahu Padam Kenangan Lalu

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan