Kementerian Akan Melawat Rumah Amah di Indonesia

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Tenaga Manusia akan melakukan lawatan secara rawak ke rumah-rumah bagi mendapat maklum balas tentang keadaan pembantu rumah asing terutamanya dari Indonesia, kata Menterinya Datuk Dr S. Subramaniam.

" Lawatan yang bermula di Lembah Klang mulai 1 Dis adalah satu lawatan mesra bukan bersifat menakutkan, bagi kami mengetahui kedudukan dan kebajikan antara mereka dan majikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil dan diploma kepada pelajar Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), di Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata lawatan itu kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh negara di mana pembantu rumah yang dilawati akan diberi penerangan mengenai hak mereka dan nombor yang boleh dihubungi sekiranya ada aduan penganiayaan.

Katanya lawatan itu yang akan dilakukan bersama dengan pegawai Kementerian Dalam Negeri juga bertujuan untuk menyedarkan orang ramai supaya bertindak dengan menyebarkan maklumat sekiranya mengetahui pembantu rumah asing itu dianiayai.

Sementara itu, beliau berkata kementerian itu akan menangani permintaan untuk membawa masuk tenaga kerja asing dalam beberapa sektor industri yang mula pulih daripada kesan kegawatan ekonomi.

Katanya antara sektor yang dikenal pasti kekurangan tenaga kerja dalam menghadapi permintaan pengeluaran ialah industri elektronik, perabut, plastik dan membuat sarung getah.

" Industri berkenaan pada masa kini menghadapi kekurangan tenaga kerja berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk pengeluaran bagi memenuhi tuntutan pelanggan pada peringkat global," katanya.

Beliau berkata ketika ini dianggarkan industri berkenaan yang mula pulih sejak pertengahan tahun ini memerlukan kira-kira 20,000 tenaga kerja bagi memenuhi permintaan supaya pengeluaran tidak terjejas.

Katanya permintaan untuk membawa masuk tenaga asing itu akan dibincangkan di bawah sebuah jawatankuasa khas sebelum dibawa ke peringkat kabinet.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Dr Subramaniam berkata sebanyak RM504 juta telah diperuntukkan di bawah Bajet 2010 bagi membina dan menaiktaraf serta menyelenggara peralatan di ILJTM.

" Peruntukan itu secara jelas membuktikan kepercayaan pemimpin kita terhadap usahausaha jabatan dan kementerian untuk mempertingkatkan lagi kualiti tenaga kerja dan secara berterusan melatih dan menggilap tenaga kerja supaya menepati keperluan pasaran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan