Keadaan banjir di Kelantan tidak banyak berubah, Terengganu semakin baik

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan secara keseluruhannya tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan hanya menunjukkan sedikit penurunan sehingga tengah hari ini, berbanding pada sebelah pagi.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Kawalan Banjir Negeri, Halim Ismail berkata sehingga jam 12 tengah hari, seramai 2,302 orang daripada 521 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di seluruh negeri.

Menurutnya, seramai 11 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan Kampung Tok Bak, Machang, sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Bagaimanapun, pada masa sama, 11 mangsa banjir dari Kampung Laha, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kampung berkenaan," katanya.

Beliau berkata, jalan di Kampung PenambangKijang di Jalan Pantai Cahaya Bulan ditutup kepada semua kenderaan sejak jam 10 pagi ini manakala jalan-jalan utama lain dilaporkan sudah boleh dilalui semua kenderaan.

Paras air Sungai Golok di Jenob dan Rantau Panjang serta Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah masih lagi melepasi paras bahaya walaupun mencatatkan sedikit penurunan berikutan cuaca baik sejak petang semalam. Cuaca di Kelantan ketika ini mendung.

Di Kuala Terengganu, keadaan banjir semakin pulih di Terengganu sehingga pukul 12 tengah hari ini, namun kebanyakan mangsa banjir yang telah dibenarkan pulang dari pusat pemindahan mengambil keputusan menunggu sehingga petang ini sebelum kembali ke rumah masing-masing.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu, kebanyakan mangsa banjir mengambil sikap 'tunggu dan lihat' untuk memastikan keadaan banjir yang semakin pulih sejak awal pagi tadi, berterusan.

"Keadaan bertambah baik di seluruh negeri berikutan paras air kebanyakan sungai utama yang sebelum ini mencatat bacaan bahaya telah pun turun ke bawah paras berwaspada," katanya kepada Bernama.

Sehingga kini, Besut mencatat bilangan mangsa banjir tertinggi yang masih berada di pusat pemindahan dengan jumlah 1,567 orang, Hulu Terengganu (789), Dungun (571) dan Setiu (432).

Paras air sungai-sungai utama juga semakin surut, kecuali Sungai Setiu di Ibu Bekalan mencatat bacaan 7.96 meter, melepasi paras waspada 7.60 meter.

Bagaimanapun, beberapa jalan kampung di Setiu, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu dan Besut masih ditutup kepada semua jenis kenderaan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan