Dr Asri akan kemuka saman, kesal sikap PGSM

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis kesal dengan keputusan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), untuk terus mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepadanya.

Malah beliau juga kecewa kerana Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip memungkiri janji untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung isu berkenaan.

Oleh itu Mohd Asri berkata, beliau akan tetap meneruskan pendiriannya sebelum ini untuk mengheret PGSM ke mahkamah kerana mendakwa kandungan memorandum berkenaan mengandungi unsur fitnah.

"Saya kini sedang menunggu nasihat guaman berhubung perkara ini.

"Barisan peguam sedang berbincang dan meneliti beberapa perkara, kita akan berusaha untuk memulakan proses ini secepat mungkin," katanya kepada mSatar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian terbaru PGSM hari ini yang enggan menarik balik tuduhan yang terkandung dalam memorandum berkenaan.

Malah tiada sebarang permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dikemukakan kepada Mohd Asri.

Dalam pada itu Mohamad Isa mendakwa Mohd Asri telah memungkiri perjanjian supaya kandungan pertemuan tertutup antara mereka yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz yang diadakan di ibu negara kelmarin tidak didedahkan kepada media.

Bagaimanapun Mohd Asri berkata, isu berkenaan sengaja dibangkitkan oleh Mohamad Isa kerana menurutnya tidak wujud sebarang perjanjian seumpama itu dalam pertemuan kelmarin.

"Tidak timbul soal mungkir janji kerana tidak ada (perjanjian), sebaliknya mereka yang diminta memaklumkan kepada media.

"Selain itu, yang mula bercakap kepada media ialah menteri," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Asri yang juga pensyarah universiti Sains Malaysia (USM) berkata, beliau ada menerima beberapa panggilan daripada ahli PGSM yang menyatakan pendirian mereka terhadapnya.

"Ramai ahli-ahli PGSM menghubungi melahirkan kekesalan di atas tindakan pemimpin mereka.

"Saya minta supaya rakyat dapat menilai sikap mereka ini malah saya juga sedar bukan semua peguam syarie begitu kerana hanya beberapa kerat saja," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan