Ambil Tindakan Segera Terhadap Kes Jenayah Kanak-Kanak Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang nyata kecewa dan marah dengan peningkatan kes jenayah terhadap kanak-kanak mahu Jabatan Peguam Negara segera mengambil tindakan tegas terhadap pesalah kes terbabit.

Beliau berkata langkah itu perlu dilaksanakan bagi mengekang jenayah itu agar tidak terus menular di dalam masyarakat.

"Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak akan teragak-agak untuk meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail melihat serta menggunakan akta sedia ada di bawah Kanun Keseksaan bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan.

"Jangan biar penderaan terhadap kanak-kanak atau mana-mana pihak menjadi budaya masyarakat negara ini, kita ada undang-undang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Aktiviti KanakKanak (PAKK), Taman Putra Perdana, Puchong, dekat sini hari ini.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan bertemakan "Keluarga Selamat, Kanak-Kanak Terpelihara" itu dipilih bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan supaya setiap anggota keluarga dan masyarakat memainkan peranan terhadap kanak-kanak dalam memastikan keselamatan dan perlindungan mereka terjamin. Shahrizat berkata kementerian melalui JKM pada tahun ini memberi penekanan terhadap isu kanak-kanak berikutan terdapat peningkatan terhadap keskes penderaan ke atas kanak-kanak yang turut membabitkan ibu bapa.

"Pelbagai langkah telah diambil bagi menunjukkan komitmen kami termasuk kelulusan yang telah diberikan oleh Jemaah Menteri bagi Dasar KanakKanak Negara (DKKN) dan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara (DPKKN) yang telah diluluskan pada 29 Julai 2009," katanya.

Beliau berkata, kes-kes penderaan meningkat daripada 2,279 kes pada 2007 ke 2,780 kes pada 2008, manakala kes melibatkan penderaan yang dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga turut meningkat dari 992 kes pada 2007 kepada 1,266 kes pada 2008.

Menurut statistik JKM, kes kanak-kanak hilang turut meningkat dan semakin membimbangkan di mana bagi tempoh Januari 2008 hingga kini seramai 4,968 kes telah dilaporkan dan daripada jumlah itu 1,859 kanak-kanak hilang masih belum dijumpai.

Selain itu, katanya kerajaan memperuntukkan RM17 juta dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua khusus untuk meningkatkan kemudahan asas dan memantapkan program di 139 buah PAKK di seluruh negara.

PAKK diwujudkan sebagai pusat sehenti yang berperanan sebagai pusat intervensi, advokasi dan sumber dalam melaksanakan aktiviti sokongan kepada keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan dan keselamatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan