Isu Dr Asri: PGSM Bakal Disaman Ahlinya Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bakal disaman oleh ahlinya sendiri jika presiden dan exconya bertegas untuk tidak menarik balik memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Zainul Abidin.

Peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata beliau dan ahli-ahli PGSM yang lain tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara berkenaan.

"Kalau Dr. Asri tidak saman PGSM, ahli-ahli PGSM sendiri akan saman PGSM dan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain," katanya.

Hari ini, Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media khas berhubung isu ini berkata PGSM tidak akan menarik balik tuduhan yang terkandung dalam memorandum berkenaan.

Malah tiada sebarang permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dikemukakan kepada Mohd Asri.

Kamar Ainiah yang turut hadir dalam sidang media berkenaan sebagai ahli PGSM pada mulanya mencelah dengan bertanya soalan kepada Mohamad Isa sama ada PGSM tetap dengan pendirian untuk mempertahankan kandungan memorandum berkenaan.

Celahan Kamar Ainiah itu terus mencetuskan kekecohan apabila Mohamad Isa menjawab persoalan beliau itu dengan berkata PGSM kekal dengan pendirian itu.

"Kalau kita pertahan kandungan memo, siaplah kita kena saman, semua ahli akan dituduh memfitnah... semua orang.

"Kalau nak mohon maaf buatlah secara ikhlas, kandungan memo itu sangat-sangat mengaibkan orang," katanya dengan penuh perasaan.

Pihak exco PGSM dan wakil-wakil NGO yang hadir gagal untuk menghalang tindakan Kamar Ainiah yang dilihat 'mengganggu' perjalanan sidang media itu.

Dalam kekecohan yang berlanjutan sehingga lebih kurang 10 minit itu, Kamar Ainiah turut mendedahkan bahawa beliau dan ahli-ahli PGSM yang lain tidak mengetahui mengenai memorandum berkenaan.

"Kami ahli PGSM tidak pernah dirujuk, tak pernah ditanya... kami tak tahu apa yang berlaku dan kami akan protes," tegas beliau.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan